Sunday, January 30, 2011

KAWAN

hai rakan ! eh kau rakan aku ka fara ? erk . baiklah , hai para hadirin ! ehem , perkara yang paling membosankan dalam hidup k ialah pergaduhan . bagi akulah . sebab bagi aku bergaduh itu sangat memenatkan dan membosankan dan menyemakkan dan menyerabutkan kepala otak .


lagi lagi kalau kita bergaduh dengan orang yang kita rapat dan sayang . keluarga , rakan karib atau teman hati . for sure nak buat dekkkk pon takboleh , mesti tertahu jugak . dah kata kita sayang kannn :P


pastu perkara yang paling menyedihkan lagi dalam hidup adalah putus hubungan . dalam kes aku ni lebih kejam cakap putus kawan . HEHE . yess putus kawan inilah yang paling mengerikan yang pernah aku rasa yang paling aku nak elakkan tapi takdapat dielakkan kerana :

♥pergaduhan yang berlarutan
♥taktahan dengan kerenah kawan
♥sentiasa nak menang
♥tidak berkesefahaman
♥rasa macam betol
♥jumpa kawan yang lebih baik
♥malu untuk mintak maaf . macam tepat yang ini .


pendek kata , tiada jodoh untuk berkawan lagi . orang kata kalau kita biarkan kawan kita tu pergi dan tiba tiba dia datang balik maknanya memang dia jodoh kita . lebih comel dia memang kawan kita :) tapi macam mana kalau dia kawan kita pada mulanya tapi kita biarkan dia pergi sebab terpengaruh dengan kata kata orang lain + kita tidak mahu berusaha untuk explain benda yang sebenarnya (punca pergaduhan) akhirnya kita yang mendapat rugi , haih .


mungkin sebab aku bukanlah kawan yang terbaik untuk dijadikan sahabat dia . aku cakap mungkin . siapalah aku kannnnn . touching . baiklah , aku rasa walau sekuat mana pon kau mesti akan rasa sedih , down , keciwa , menangis bagai hantu hilang siung dah .memang ahh down gila macam nak korek kubur sendiri . tu memang extreme meroyan bila dah depresssss punya pasal . semuanyaa nak macam over ajaaa . yalahhh kita tak mintak pon benda macam nii jadi .


anyway , itulah kehidupan . sometimes buat macam takda apa apa berlaku itu lebih seronok dan menenangkan dari mengeluarkan apa yang terbuku dalam hati . kita luahkan yang lain , orang tafsirkan yang lain . nak buat macam mana manusia memang macam tuu .


tapi kalau pendam lama lama pon tak elok nanti hati sendirik yang rabak . sooooo , buat apa simpan lama lama . apa guna ada buah hati atau teman rapat kalau tak dijadikan balai pengaduan . ayuhhhh , semburkan semuanya yang terbuku dalam hati :P


kalau buah hati atau teman rapat tak mampu nak dengar luahan kita tak payahla bersahabat atau bercinta dengan mereka . wasting time you know . untuk apa ada buah hati atau teman rapat kalau bukan untuk mendengar rintihan hati . kalau tak mampu mendengar , sila sign out atau ketak jawatan sajaaaa . easy kan ? HEHE .


bila aku dalam situasi putus kawan nih , aku dah macam loser . oh noooooo !

1 . aku akan sedih dan sepi .
yalah . bayangkan kita rapat dengan kawan kita tersobot . selalu share macam macam . bayangkan , tiba tiba terputus . macam cannot go gila kan ? otometik akan teringat balik zaman muda bersama dia .

2. menangis dan membazirkan air mata .
betol kott . walaupun nampak zahir aku nih cool saja tapi batin aku tak cukup kuat untuk tanggung semua nih . mungkin belum cukup kopi cap jantan kot . HAHA . menangis adalah perkara yang takdapat di elakkan . aku lebih suka lepaskan sorang sorang dengan menangis . aku tak suka share dengan kawan , take note heh . sebab bagi aku masalah akan jadi lebih rumit bila orang ramai tahu . macam macam jalan cerita akan dikarang oleh mereka . ouh well , manusia kannnn . padahal , boleh saja relax macam tak ada apa apa jadi dalam hidup nih . berlakon memanglah senang , menanggung itu susah tahu ? it's easier said than done .

3. pandang ke depan .
lepas menangis , aku mungkin akan penat dan sebolehnya tak mahu pikir lagi . lets bygones be bygones . senang cerita , aku tak suka pikir masalah lama lama . habis menangis cuba untuk chill diri sendiri dan buat buat macam tak kisah . padahal memang kisah ponnn .


apa apa pon situasinya , aku kena lah sabar dan kuat . tabah dalam erti kata , percaya bahawa masih ada ruang dalam hatinya untuk terima aku kembali . mungkin dia tak cukup baik untuk aku ataupun mungkin aku tak cukup baik untuk bersahabat dengan dia . everything happens for a reason and the reason is mystery . aku sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan dia walaupun dari jauh :)




PEOPLE OFTEN SEEK FOR MISTAKES , AND THE TRUTH IS OVERLOOKED .




Sunday, January 23, 2011

dear friend(s) ,

you know what sucks the most ? when you are feeling down and the person surrounds you makes you feel like you are a total MAJOR LOSER . so what if i didn't reach your target ? am i still not good enough in your eyes ? why must you compare me to other people ? i don't blame you . i blame myself for not reach your target . see, i don't put the blame on you . i don't blame your 'marriage problem' at all . thanks my dearest friend(s) .

Friday, January 21, 2011

segmen kesihatan dan anda :)

kebersihan tu separuh daripada iman kita . aku geli dengan tempat kotor mahupun orang kotor . tapi kadang kadang kawan kita yang selekeh serabai sememeh takkan kita nak tegur direct , dah macam mengaibkan dia . carilah tempat dan sesuai pada masanya untuk melontarkan kata kata padu .


dah tu takkan nak guna ayat power macam nih , weyyy busuknya hanggg or deyy tambi ! tak cabut bulu ketiak bapa kurun dah or *angkat angkat lubang hidung buat muka xsenang bila dia datang dekat . jangan yaa kawan kawan , jangan . nanti rabak hati dia .


baju buruk macam mana sekalipun , berlubang ibarat bulan pun tolonglah jaga kebersihan . wangi , itu yang kita mahu . waima baju kamu cantik sekalipun janganlah ada bau badan . sumpah menggelikan ibarat yogurt basi . aku bukanlahh nak kondem orang tapi sama samalah kita jaga . aku takmahu lah mentegur orang macam cannot go gila perbuatan ni . HEHEHE


okaylahh , mari kita belajar cara menjaga kebersihan from tip to toe . challow bhetey ! mandi paling sedikit 2kali sehari , janganlah 2titik air pulak . rambut sikat ikut cara yang betol dan syampulah rajin rajin-tolonglah jangan jadi penternak kutu paling berjaya . jangan lupa sedikit deadoran dicalit rata di bahagian ketiak supaya orang sekeliling tak pengsan and paling penting gosoklah gigi . gigi yang berterabur ibarat tahi lembu muthusamy teramatlah penting digosok selalu . belum buka mulut lagi orang dah beratur nak cakap dengan anda . okayy aku tak tipu .


untuk orang yang mempunyai masalah bau badan , carilah ikhtiar . usaha tangga kejayaan tapi kalau tak cukup tangga boleh cari eskalator . orang tua ataupun dalam bahasa sopan orang dulu yang berpengalaman banyak petua . contohnya sapu kapur barus (kapur yang makan dengan sirih) dekat ketiak nescaya hilang bau . kalau yang tak mahu bulu ketiak tumbuh , kapur nih jugak amat mujarab bagi budak budak yang masih belum baligh dalam erti kata lain hormon galak tak dirembes keluar dengan maju lagi . insyaallah bulu bulu tersobot segan nak tumbuh . hooray !


bila dah kotor makhluk halus pon suka berdamping siang dan malam . haaaa masing masing sibuk nak bina rumah dekat body anda . paling menjijikkan bila maggot muncul . heh habisla kau maggot dah datang lenggang kangkung bayam jadah tuu . anda tahu apa itu maggot ? alahhh yang macam carrot tuu . suci , tulus dan mulus . tak cukup lagi maggot jugak kacak dan bergaya bila dia datang . sumpah mentakutkan .






Monday, January 17, 2011

dear daddy

im sorry ayah . kami semua lupa tahap cipan hilang bontot . awal bulan january dah ingat . tapi bila dah duduk satu rumah , satu keluarga , jiwa kita dah bersatu habis hilang gundah gulana di jiwa . we olls lupa hari kejadian ayah . actually hari kejadian ayah jatuh hari khamis . KAHKAHKAH , cerita dah basi . takk apa kita panaskan semula dalam ketuhar gelombang micro . biarlah lambat asal bergaya .


happy 57th bithday ayah !
you're getting older with the year :)
aah sayang ayah sangat sangat .

Sunday, January 16, 2011

A : weyyy lama tak nampak hang online fb .

B : eh . lame u menyepi sayang .

C : blog awak dah berhabuk .

D : u pergi mana darling ? lama tak chat . rindu .

E : ohmaigod , fara dah keja ! sirius aku tak percaya .

F : betoi ka hang keja ? hang suka muhong orang noo .

heyyyy , ramainya orang prihatin dengan hidup aku . aku betolbetol rasa macam diva . KAHKAH . biasalah , orang dah kerja macam ni lahh . busy . ouh well kerja as operator kilang memang penat la weyyy . malam menjelma aku terus tidur terbungkang tak ingat dunia . bukan aku tak mahu beramah mesra ambil tahu life kawankawan or sombong wut-so-ever .

aku taktahu laa kan ada pulak orang tak percaya aku kerja sekarang . aku ni dah cukup sasa , gagah , macho dan kacak untuk bekerja nokk . kerja aku mudah saja . sealed , packing and kira jumlah produk yang keluar untuk hari tersobut . mudah kan ? tapi , phewww penat.

kawan pon a#okay , semua ramah . mostly janda . HIHI . abangabang kilang pon tak kurang galak , memang mantop tahap kegalakan mereka tuh . aku sebagai muslimah sejati still dapat tahan nafsu kuda nih dari jadi anak monyet . i mean akan bercinta monyet dengan abang kilang , euww . nehi nehi ! aku sarankan sapasapa yg terdesak tu bolehla cari jodoh dekat situ . moga dipanjangkan jodoh . HARHARHAR .

since dah kerja nih , muka dah harubiru . melupas sampai capuk dah muka nih . habisla aku dah takda sapa nak mengorat lagi nanti :P


Sunday, January 9, 2011

status : operator kilang

HIHI , hai olls !
aku dah kerja sekarang .
kau macam mana ?
masih melepap di rumah ?
eshhhh teruk lahhhhh :P


biasalah , orang dah kerja .
malas nak tulis panjangpanjang .
bye semua .
muah pipi kanan muah pipi kiri .
:)


plan jangka panjang : nak kerja keras untuk naik pangkat suparvaiser . HAHAHAHAHAHA
dalam kubur pon belum tentu lagi dapat naik pangkat .