Sunday, July 29, 2012

salam ramadhan kareem !

ehemm hemm hemmm , sebelum menulis kena betulkan tekak yang kering ni , puasa kan mestilah kering *eh alasan pulak . alhamdulillah , Allah gives me a lot of laziness to update my blog , AGAIN . anyway , assalamualaikum dan selamat berpuasa . hows your ramadhan ? mine was superb , tenang sangat ramadhan kali ni walaupun tak shopping for raya and tak excited langsung . yadda yadda !




ramadhan is here bebeh , lets do good , strengthen our faith , seek forgiveness and trying to be a good muslim or muslimah yo ! jangan kedekut sangat , pintu syurga dibuka luas means chances to get pahala besarrrrr sangat berlipat ganda tak macam bulan lain . so jangan jadi pemalas nak rugikan sendiri . solat tarawih , solat witir , bertadarus dan segala keturunannya . aku taklahh baik , alim lagi warak tapi Allah tak bataskan anything untuk ingatkan satu sama lain ke arah kebaikan . fight fight fight !


ohyaaa anak-anak , bulan puasa bulan berkat ni syaitan nirrojim semua dah kena ikat , so jangan laa pulak anak-anak sekalian jadi bidan terjun , gantikan tempat syaitan laknatullah tu . kang tak pepasal atap rumah rumah jiran sebelah berlubang , mercun punya pasal kann . lagi satu , kentut tak membatalkan puasa okayyy . EKEKEKE :D


Saturday, July 7, 2012

mari berkahwin secara suka-suka

rasulullah saw bersabda : barangsiapa
di antara remaja berkahwin dalam usia
muda , maka menangislah syaitan . dan
ia (syaitan) mengeluh 'aduh celaka aku ,
agama telah dipelihara dari godaanku'


assalamualaikum kawan-kawan yang muda belia lagi kacak . apa khabar anda semua yang tak sabar nak kahwin ? ewahhhhh . tak lama lagi aku pun akan akhiri zaman bujang aku . alhamdulillah , jodoh dah sampai . mengharapkan semua berjalan dengan lancar . apa ?! cik fawah nak kahwin ? *bisik kiri dan kanan mencari kepastian . yaaa memang betul pun . memamg betul aku tipu semua orang . HAHAHA rileks , rileks . jom kita minum kopi dulu sambil bincang isu kahwin muda . topik kahwin muda sekarang ni dah jadi isu hangat , dah jadi trend budak-budak muda bawak bincang dekat warung wak leman , dah jadi benda biasa untuk dibawa gurau antara mak/bapak dengan anak teruna/dara . dan aku juga tak mahu ketinggalan zaman menulis pasal cerita hot nihh .




kahwin muda . berapa ramai yang berani bagi syaiton-nirrojim itu menangis ? berapa ramai yang sanggup menyahut seruan nih ? cepat bagitau aku siapa yang berani ? siapa ?! amboiii emo pulak fawah kalau bab kahwin ni . tak sabar nak kahwin lettewwww . dusshhhh .




dulu , orang yang celik pikiran dan matang berpikir mengisytiharkan bahawa kahwin muda adalah sangatlah tidak relevan dalam kalangan para remaja khususnya yang masih belajar . kononnya sangat tak style kalau kahwin awal , terpalinglah kuno kalau ada mak-bapak yang kasi anak mereka kahwin di usia muda nih . its like apa barang derr kahwin awal , mari berjimba berhoorey dengan kawan-kawan dulu . woohhoo ! dulu yang aku maksudkan adalah zaman 80-90an . zaman mak bapak kita . tapi semasa zaman kegemilangan dinasour dahulu kala (maksud aku zaman datuk nenek moyang kita) kahwin muda adalah sangat sinonim dalam kalangan mereka . umur 9tahun sudah jadi bini orang , lagi malang ada yang belum sempat tengok dunia lagi dah kena reserved . kesian sungguh mesti datuk nenek moyang kita tak sempat nak main tuju kasut , polis entry dan sewaktu dengannya . mesti tak sempat nak usha mamat-mamat hensem/awek-awek cun dalam kampung dulu . sungguh tak menseronokkan . HAHA nampak sangat kegatalan fawah di sini . maaf .


tapi , bagi aku kahwin muda tersangatlah ohsemm . yaaa , sememangnya datuk nenek moyang kita tersangatlah ohsemm . kalau mereka semua ada lagi pasti mereka berbangga sebab aku puji mereka ohsemmm and they are truly ahmayyyzing . motip ? HAHA . muda di sini adalah dalam lingkungan 18-23tahun . disamping kita dapat jauhkan diri daripada berzina , kita jugak dapat kutip pahala . daripada dok bercinta yang kita sendiri belum pasti hala tujunya , lebih baik bercinta secara halal dengan suami/isteri kita yang dah pasti tak terbatas lagi . alhamdulillah , sekarang nih aku tengok trend kahwin muda dah menjadi kegilaan anak remaja . sebenarnya ini merupakan perkembangan yang bagus dalam masyarakat kita . acewahhh . contoh paling dekat blogger terkenal irine nadia ('92) , dina bahrin ('92) , dian pelangi ('90) dan farah lee ('89) sudah pun sah bergelar isteri walaupun masih muda dan masih belajar . fuyyooohhh macam best saja !






jujur aku cakap aku sendiri teringin nak kahwin awal , lagi cepat lagi bagus lagi seronok !*HIHIgelak malu-malu sambil tutup mulut . aku teringin nak lahirkan zuriat yang soleh dan solehah . cumanya , kahwin bukan satu perkara yang boleh dibuat main . banyak lagi benda yang aku kena consider , kena prepare kalau nak kahwin muda . bagi yang nak berkahwin tu haruslah layak dan cukup syarat untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri . maka nafsu syaitan pun menjawab tanda protes statement aku . 'heyyy , i HIV negatif tau fawah . i dah pandai masak , kemas rumah dan macam-macam lagi . confirm i boleh kahwin lepas ni . kahwin awal , kelasss tau nyahhh' . ehemmm , apa punya jawapan syaitan jantan . nampak sangat rakus nak kahwin awal .


layak yang aku maksudkan tadi tu macam ni . bagi yang lelaki mestilah cukup ilmu untuk bimbing isteri dan anak-anak , kukuh dari sumber kewangan . kalau diri sendiri pun ibarat melukut tepi gantang , macam mana nak tanggung isteri dan anak ? anak menangis sikit pinggan dan mangkuk dah melayang sampai rumah jiran sebelah . jiran pon boleh anorexia punya rungsing pikir masalah anda . lebih malang sepentot pun share seisi keluarga . bagi yang perempuan pulak mesti matang dan bijak membuat keputusan dalam berpikir dan bertindak sebabnya si suami akan sentiasa minta pandangan isteri sebelum menerima sebulat seketul pandangan orang lain . isteri kan orang yang paling dan sentiasa dekat selepas berkahwin . bukannya lepas kahwin 3hari terus ajak si suami pergi jumpa kaunselor minta nasihat kononnya dah tak sehaluan . yang aku hairan masa bercouple tak terpikir plak nak jumpa kaunselor .



aku percaya mesti ramai dalam kalangan kita nih ramai kekasih hati kan . buat kumbang diluar sana , kalau benar kamu sayangkan bunga kamu , apa lagi yang harus ditunggu ? ingatlah wahai kumbang sekalian alam , masih banyak kumbang di luar yang berlegar-legar mencari bunga yang terbaik dalam kalangan yang terbaik . bila-bila masa sahaja bunga anda akan disunting sang kumbang lain . maka , ayuh . hantarkan rombongan meminang . besok juga ! HAHAHA nampak macam senang . tapi percayalah , allah sentiasa ada dengan kita . DIA sentiasa menolong hambanya lagi-lagi untuk kebaikan kita . insyaallah , allah akan permudahkan .


Sunday, June 24, 2012

lillahita'ala

Assalamualaikum :) masih berbaki perasaan kecewa lepas dapat result interview hari tu . biasalah , kecewa tu tak sah kalau tak ada lelehan air hidung dan juraian ayaq mata . Apeeee barang kan kecewa tapi setakat layan lagu jesnita , delaila tapi tak menangis . muahahaha .

well , semenjak balik dari exam dan interview tu , baru aku sedar otak kiri aku yang kurang fungsinya dan hanya mampu bergantung harapan terhadap otak kanan . kecewa sungguh dengan otak aku yang kian hari kian mandom , dasar tak kenang budi . ceitt .




tapi salah aku juga , mahu tak karat otak ni bila cuti tak ingat dunia sampai satu buku pun tak pegang . langsung tak jamu otak dengan makanan-makanan sepatutnya . allahuakbar , tahukah anda otak kita pun perlukan makanan untuk sentiasa berfungsi dengan lebih pantas ? hehhh makanan otak yang aku maksudkan tu bukan nasi beriani ke apa . waterparkk ?! tak pasal-pasal ada yang belah tempurung kepala kononnya nak bagi otak makan . tolong ya , tolong jangan bendul sangat . makanan otak macam exercise pemikiran contoh . paling ringan adalah permainan sudoku , teka silang kata dan bacaan quran ya adik-adik . HEHEHE . selalunya latihan berunsur matematik ni dapat membantu otak kita .



aku pula jenis menjamu otak aku hanya di sekolah semata-mata . kalau tak belajar maknanya langsung tak guna otak ni . kesian , sapa lahh mak pak dia ni ? tsskkk tsskkk . belajar hanya semata-mata untuk lulus exam , habis exam terus lupa apa yang aku belajar . ya allah , teruknya perangai aku ni . yaaaa , memang buruk perangai ni , jangan diambil buat panduan hidup , kelak kau merana . cewahhh .


bila minggu exam menjelma ayat macam ni mesti penuh kat news feed
kan ? :
-Okay lepas ni i jarang nak update blog dan online sampai habis paper. Byebye.
-im going to deactivate my pesbuk/fb/twitter for a week .
-exam feverrrr . please dun miss me okay ? (ayat paling tak boleh blahh , boleh cirit 2minggu)


wahhhh , semua ayat nak manis saja kan . tapi nafsu tu boleh tahan sampai berapa hari saja . paling lama pun 2minggu lepas tu start online sampai modem internet lebam . mata pon mula mempanda , masuk kuliah/kelas krohhhkrroooohhkroohhh belagak dunia ini aku yang punya dan akhirnya keluar dengan dada yang kosong .


bukankah lebih sopan kalau cakap macam ni :
-I could say I won't go online till my exam is finished but you and I know that I'm not good with temptations so let's leave it to this - I'll try not to go online.

see , betapa comelnya status ini . sekurang-kurangnya orang lain yang baca taklah rasa tertipu sampai rasa nak bunuh jiran sebelah rumah dengan status anda yang kononnya takkan online selama seminggu tu . kononnya laman sesawang ni yang akan mengganggu waktu pembelajaran kita , sedangkan diri sendiri yang tak dapat tahan nafsu syaiton nirrojim tu .


bila muhasabah diri balik, sungguh ceteknya pemikiran aku . impian hidup hanya berhenti setakat memperoleh result atas pagar . kambing nak lompat pagar pun effect bulu-bulu mereke . lepas tu ? habislah . dan inilah dia impian jangka pendek yang sifatnya hanya sementara .




belajar adalah ibadah .

marilah kita betulkan niat . aku dah jauh terpesong dengan keseronokan dunia . setiap yang kita lakukan perlu disertakan dengan niat keranaNya , insyaaAllah akan diganjarkan pahala . aku harus ada niat belajar deme mencari keredhaanNya . belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam . bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata


ayuh perbaharui niat kita , belajar kerana allah . tak ada yang silapnya di situ :)



“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )




Tuesday, June 19, 2012

bila hati tak sempurna mencintaimu






tidak mudah bangkit dalam keadaan yang lemah .
tapi akan terasa indah bila kita menyedari ALLAH sedang menyapa dengan cintanya .
agar kita sentiasa tabah dan kuat .




Thursday, May 24, 2012

kembali

masha-Allah , hampir setahun aku tak update blog comel ni . mentang-mentang sibuk belajar dekat matrix sampai tak sedar diri ada blog . eh bukan tak sedar diri , cuma lupa . gamaknya sibuk belajar sampai dapat 4rata kot ? eh taktak , jangan salah faham . otak aku tak se-cool otak
orang bermata sepet . HIKHIK .


i am on short hiatus


semenjak habis matrix nih , aku dok melepap saja dekat rumah . but wehhh , membela lemak nih bosan jugak . haii , belajar pon bosan cuti pon bosan . apa punya nafsu serakah ni ? aku nak kerja . you hear that ? i need a jobbbbbbbbbbbbbbbbbb okay that is enough farah awatif . bila difikirkan semula why dont i just relax saja for this 5months ? ni saja cuti panjang yang aku dapat sebelum sambung belajar . nanti dah start busy with the lectures , assignments , tutorial and shopping . eh shopping ? see , buasnya dia . sapalah mak pak dia :P


men prefer over housewife rather than working women . why ?


buat masa sekarang ni , aku merupakan seorang suri rumah beranak dua tanpa suami . aku masih bujang , tapi sudah punya anak . ehemm anak saudara . kemas rumah , sidai kain , basuh baju , memasak , menyapu semua tu kerja aku di rumah . hari-hari buat kerja yang sama , bosan kawe . HAHAHA .