Sunday, May 8, 2011

mama sayang a'ah dak ?
awat ?
takdak apa laaa , mama sayang a'ah dak ?
a'ah syg mama dak ?
alaaaa , mama ni . a'ah tanya mama dulu . jawabla jawabla .
dah jaga sampai besar , cantik macam ni . mestila sayang .
a'ah pon sayang mama jugak ! muahhhmuahmuahmuahhh , bye ma . p keja dulu .


************dekat tempat kerja************


tett tettt . henset guwa bunyi .

>one new message received .
>buka inbox
eh ada message dari ameeracantiks .
*salam . farah , upu n matrix dpt mane ?
>and guwa terus tekan butang call .
and blablablaaa sembang pompuan kepochi .


untuk SPM leavers , pergi sana sini mesti orang tanya 'dapat mana ?' . for your information , aku just dapat matrix dan maktab sahaja . matrix satu tahun untuk sains hayat dan maktab plak untuk subjek biology pengajian luar negara . tapi aku tolak interview yang maktab tu sebab memang aku tak boleh mengajar . bukan jiwa aku kot . HEHE . ramai orang cakap alahaiiiiii ruginya tolak tawaran maktab tu tapi bagi aku , biarlah aku yang nak belajar bukan orang lain .



bila hati dah tekad , insyaallah kita akan buat yang terbaik untuk diri kita nanti . doakan aku dekat matrix yawww . nahhh , ambik bmw 5series sorang sebijik ! :)









Sunday, April 3, 2011

seronoknya hidup di kampung :)

assalamualaikum dan salam 1malaysia . hi semua ! apa khabar , sihat ? dah makan ke belum ? prihatinnya fara ni memang boleh buat menantu apatah lagi bini . memang tak rugi pon , tapi kena siap dengaan duit lahh :D


ohyaaa , hari ini hari yang paling genting . genting macam duduk atas atap genting lepas tu terjun , fuyohh sumpah rasa gayat lagi dua minit dah boleh mati . sebab apa genting ? sebab aku jadi baby sitter untuk hari ini dan juga hari-hari yang akan datang . sebenarnya nak cakap orang comel memang kena jaga baby comel . esh masok lift tekan sendiri pulak HIHI .


dah masuk dua perenggan tapi tak cerita cerita lagi . KAHKAHKAHAKHIJAU . baiklah baiklah cerita nak start dah ni , semua get ready pakai seat belt cepat !



dulu masa kecil-kecil aku ni boleh dikategori sebagai budak buas , samseng kampung . kawan aku mostly lelaki . apa barang derr kawan dengan perempuan main anak patung semua tu , takda gaya lagsung HAHA . selalunya lepas habis sekolah sambung dengan aktiviti kokurikulum dalam pukul 4-6ptg . tapi banyak yang aku tak attend lagi-lagi kalau latihan rumah sukan . lepas sekolah aku banyak lepak dekat rumah tok main dengan sepupu(s) sementara tunggu mama datang jemput kami adik beradik . time tu memang heaven takyah cerita .


ni semua sepupu aku . HIHI dulu kami main cara kotor :P


sepupu dengan mak saudara aku lebih kurang sebaya saja , kalau ada game dekat kampung tu semua kami join , memang pantang dicabar :P selalunya geng kampung akan datang main dekat rumah tok sebab laman rumah tok maha luas . game paling best main time petang adalah tuju kasut . aku tak tahu laaa kalau hangpa semua pernah main ke tidak . tapi aku paling suka main tuju kasut . kasut untuk tuju org plak cari kasut getah asadi yang berat . kalau tuju kepala orang mau bangang seumur hidup . kasut yang nak disusun pulak mesti yang ringan , kalau rezeki lebih sikit belum tuju pon angin dah tiup jatuh semua .


budak sekarang dah tak reti main macam kami dulu . manja .


kami geng adik beradik ni selalunya sebelum main dah atur strategi , kalau ada budak yang tak berkenan di hati memang kena tuju dengan kasut habis-habisan sampai lekat tapak kasut dekat belakang badan . dulu aku paling tak suka matnen dengan kakak dia , siti . dua orang budak ni selalu angkut geng pana , mat arep , wani siam , culi , mamat etc . nak main game ni ada strategi , kalau nak tuju kasut tu kena sumpah seranah dekat kasut tu TUIHH TUIHHH ludah sikit baru tuju . maka akan kelam hitam dan legam laaa hidup orang tu . bau tahi lidah (air liur) 3hari 3malam tak hilang . padan muka hang matnen , main lagi kecoh dengan kami .





kalau geng kampung tak datang main , selalunya aku dengan umi kayuh gerek (basikal) ronda-ronda kampung . part paling takut bila lalu tepi kubur , habis semua doa kami baca . kononnya takut hantu ikut cekik kami . ceit pikir hantu minat kot dengan budak-budak , nak main pon tak best . aku rasa je laa HIHI . pernah sekali tu aku baru belajar bonceng orang , dok eksyen boleh bawak orang dah . time turun bukit kayuh punya laju last-last terkangkang atas jalan . apa punya bangang aku dulu . nak jadi cerita , aku pernah langgar kereta kancil anak matsabu yang duduk tepi sungai tu sampai side mirror dia pecah kot . takut punya pasal balik sembunyi dalam jamban tok aku . lepas tu duduk diam-diam saja dengan umi tak cerita pon dekat cu . baguss punya budak .


tengok gaya pon dah tau dulu samseng habissss . ni ummi , teman kawe :)

kalau dekat rumah pulak aku selalu ikut abang aku masuk hutan cari burung . tak pon masok hutan cari apa saja pucuk ataupun buah yang boleh makan . nak dijadikan cerita kami jumpa popke ke tokke apa entah nama dia . adik beradik iguana tapi kecik sikit . hishhh binatang tu sakit kot , badan dia luka . time tu i was like alahaiii kesiannyaa . weyy bangcik jom bawak balik menatang ni kita boh minyak gamat . abang aku pon jawabla okayy jom kita balik tunjuk kat mama dulu . bapak saudara aku pon ikut juga time tu , aku panggil dia yit . dah nama pon budak kecik lagi tak mumaiyiz lagi , orang tipu pon kami percaya . yit cakap ambil daun kapal terbang , tenyeh sampai lumat lepas tu lumur dekat luka binatang tu . aku rasa macam letak garam dekat luka kot , popke tu mati lepas kami sapu daun tu . HAHAHA rasa bersalah sampai sekarang . kami pembunuh , kami pembunuh . yeay !


nama : yanti , umur : 21thn , pekerjaan : bibik

masa kecil-kecil dulu ayah tak main ahh beli teddy bear ke barbie ke dekat aku tapi ayah beli pistol yang pakai bullets tu . main perang dalam rumah dengan dua ekor abang aku . masa kecil dulu abang-abang aku selalu pandang rendah dengan aku . oleh sebab aku kaum hawa depa dua ekoq ni takmau main dengan aku . aku pon apa lagi menangis guling-guling sebab nak main jugak WUWUW . abang aku suka pedajal aku , belum tembak lagi dah bunyi bising macam nak beranak anak beruang , cibengggg aku nak tembak tak boleh sebab jari pendek nak tekan tak lepas . eksyen je laa dengan pistol tu . NGEH NGEH NGEH .


eeeiiiiii rindunya nak main macam dulu , tak pernah fikir masalah pon . rindu zaman samseng HIHI .


selalunya time petang orang tua-tua akan duduk bersembang dekat depan rumah macam ni *gambar contoh*


Wednesday, March 30, 2011

kita orang melayu .

orang melayu zaman dulu sangat mementingkan kesopanan dan tatatusila . ehemm macam aku . tak macam kita zaman sekarang ni . 90persen dah tak beradab . salah siapa ? tepuk dada tanya selera :P

PANTANG LARANG ORANG TUA TUA Orang tua tua dulu memang banyak pantang larang kan ? Kadang-kadang pantang larang ni make sense . Tapi kadang-kadang tu memang hampeh . sedihnya orang zaman sekarang ni dah tak amalkan bila dah tau ia dicipta semata mata sekadar nak bagi hint ataupun kadangkala setakat mentakutkan kita . r
amai dah ubah persepsi dan anggap pantang larang ni tak betul . bukan semua yaaa , segilintir sajokkk .


TAPI , yaaa memang banyak tapi . pantang larang orang tua kita dah banyak diubah . biasalah , kita semua kan kreatif dan kritis .


kenapa orang dulu yang comel lagi kacak amalkan pantang larang tersobot ? kenapa pantang larang dicipta ? kenapa , hoi ?! HIHI macam comel saja hujung ayat ada tanda seru . nanti kita guna lagi .


selain daripada tinggalan nenek moyang kita , aku rasa pantang larang ni digunakan untuk didik masyarakat amalkan nilai-nilai murni dalam hidup . senang cerita , bila kita amalkan budaya hidup yang baik maka kita akan sentiasa comel dan suci . HAHA . maka kita bertanggungjawab mengamalkan dan menurunkan kepada anak-anak kita nanti . pantang larang ni ada simbol yang tersendiri . bila dah amalkan semua orang suka kita sebab kita comel dan suci . jadi semua orang akan cepat bertemu jodoh . YEAY !


CONTOH PANTANG LARANG : jangan duduk atas bantal , nanti tumbuh bisul .hoi , jangan duduk atas bantal . nanti bontot besar talam baru tahu . cis cis , gila keji ! actually , tak betul pon . orang tua-tua tak bagi duduk atas bantal sebab bantal tu alas kepala kita dan sebagai tanda hormat kita dekat kepala . kepala kita , arkib kita .


jangan makan kicap nanti hitam . okayy ini tipu .









Friday, March 18, 2011

random update #1

yesterday was thursday , it's friday today and tomorrow is saturday and sunday comes afterwords . i'm looking for a great month ! eh eh lupa , bulan ni result keluar ! =_____= orang sombong macam aku ini memang selalu lupa diri . lupa diri sendiri ada belog dah tuu tak reti nak update belog . cisss , dasar manusia comel ! you cannot put the blame on me .

ouh well , anyways rasa nak beli kasut . seriously , aku perlu kasut tapi duit zero . no argument . akibat ketamakan yang melampau , duit habis dengan cepat this mac . PHEWWWW .


suatu keperluan dan rasa cool bila guna benda ini :D


i loikkeee this much . tapi belum sempat pakai .


sudah pakai , rasa macam anak jepun . it's kinda kimono dress .


cantik tapi belum sempat pakai .


sumpah menyesal , buruk macam kain basah bapak aku . deng !


beg termahal pernah aku beli , double deng !


maka si gadis ini sudah muflis . memang boleh berdarah mata bila tengok dress n bag yang super-awesome . lalu si bapa melontarkan ayat yang paling comel , dalam semua anak ayah farah paling boros T______T azam untuk tahun ini gagal lagikkk .