Friday, February 25, 2011

dunia sekarang memang dah melampau .

aku marah sekarang ni . marah sangat ! dah lama tak tengok televisyen , semalam aku tengok dengan mama . mama dok kecoh kes bayi comel yang mukanya comel macam aku sikit . eh tak , bayi tu comel sikit aku comel banyak :D


ceritanya macam ni . pada suatu hari , ececeh bajet budak tadika apa fara ni ? baiklah, baiklah . berita tersebut adalah mengenai bayi yg baru dijumpai oleh pihak berkuasa . bayi comel tu dijual kepada keluarga kayakk yang tak mempunyai anak , senang cerita laki bini yang mandul . tapi urus niaga tersobot tidak berjaya sebab abang polis kita terer .


walaupun abang polis kita terer tapi masih banyak lagi kes jual bayi dalam malaysia nih . yang aku pelik , masih ada ibu bapa sanggup jual anak ? terutamanya si ibu . sanggup kau ? sanggup ?! dasar binatang ! tak takk takkk . binatang lebih mulia dari manusia dalam hal ni . si ibu dan si bapa yang jual darah daging sendiri ibarat menjual diri sendiri .


bila dah tanya si ibu atau si bapa , jawapan mesti nak sama sahaja . tak mampu nak sara anak kecil tu , tak pon belum bersedia lagi . podahhhhceit ! melayan nafsu serakah kau tahu . nak jaga anak kau tak tahu . ada pula klinik swasta dekat selayang menjalankan sindiket jual bayi . itulah manusia . kejarkan kemewahan dunia semata mata . aku yang hidup ala kadar pon masih hidup sampai sekarang lagi :P


marah lama lama pun tak elok , nanti hilang kecomelan . okayy cepat cepat tutup window !



Friday, February 18, 2011

cita cita masa kecil dulu semua vogue belaka .

masa sekolah rendah dulu paling tak suka bila kena buat karangan cita cita saya . sekarang baru tergedik gedik nak buat . HIHI gelak gedik sikit . percaya ataupun tidak , cita cita kita masa kecil dulu semua vogue belaka . nak jadi pramugarilah , doktotlah , akauntanlah , modellah . eshhhh aku pun tak terkecuali nak berlagak tak beragak nih . dulu aku maintain nak jadi pensyarah . sebab apa ? sebab ayah dah semai dalam kepala otak aku cita cita itu perlu untuk tentukan hala tuju hidup kita . sama ada kau nak jadi orang senang ataupun orang susah kau sendiri yang tentukan . maka aku yang comel ini ambil keputusan nak jadi pensyarah . lagi satu sebab , pensyarah adalah satu-satunya pekerjaan yang ada dalam kepala otak aku selain doktor . HAHAHA .


bila dah besar sikit , aku tukar nak jadi otomen sebab fanatik gila sampai seluar dalam pun layannn otomon punya . ehhhh bukan . aku nak jadi macam ustazah bahiyah . aku admire dia dari sekolah rendah lagi . kononnya sekolah menengah nanti nak masuk sekolah tahfiz , jadi alim gila sebab nak bercakap banyak kena ada ilmu . paling bongok bila minta ayah hantar sekolah tahfiz lorong alif . padahal sekolah tu semua lelaki . ngaaaaa . llepas tu nak jadi interior designer . nak jadi mcm eric leong . macam macam jenis dah aku nak jadi , end up tak tahu nak jadi apa sekarang ni .


aku pernah interview anak jiran aku , umur lingkungan 10tahun . aku tanya cita cita dia apa . dia cakap dengan yakin sekali nak jadi postman . dah lama dah teringin nak jadi . HAHAHAHAHA aku gelak sampai termuntah . pemikiran budak memang tak berkembang lagi . tapi aku respect sebab beliau dah berimaginasi . bila dah pakai uniform postman tu akan nampak hebat . ngaaaaa aku kagum .


sekarang kalau orang tanya aku nak jadi apa , aku jawab nak jadi suri rumah sepenuh masa . nak kahwin cepat cepat . awwww . sebenarnya aku pon tak tahu nak jadi apa , yang pasti kena tunggu result spm . dengan result tulahh aku nak apply course yang sesuai . dunia sekarang nih semuanya perlukan duit , bukan minat . maka janganlah anda ikut minat sebab dunia tak ikut anda . pilih kerjaya yang ada peluang cerah . yang penting usaha kita untuk berjaya . benda nih penting especially buat kaum lelaki untuk sara anak bini . janganla pula ada yang stress lalu cucuk perut kambing . sebab apa ? sebab tak mampu nak sara hidup anak bini , tak dapat beri keselesaan secukupnya . HIHI .


kesimpulannya hari ini , cita cita itu tak penting . yang penting kehendak dan usaha . kalau setakat ada cita cita tapi usaha tak ada pon tak guna . cita cita itu sememangnya agak penting , tapi bukanlah segala galanya . lebih penting lagi bekerja keras dan tidak berputus asa .



*guwa rasa nak upload satu gambar nih . tanda terima kasih kepada sahabat guwa . HAHAHA ayat samseng habessss .



awwwwhhhhh so sweeeeeettttttt :D . gambar nih tanda terima kasih dekat beliau sebab :

kuga : budak2 ni kna respect oo sbb mereka ada kelebihan tuk brimaginasi yg lebih . hahah . aku suka .
aku : tulahhhh . mcm comel gila budak2 nih . berangan banyak .
kuga : hahah . ang pown sama gakla . comell . tu yg dminati rmai . hahaha .
aku : hg perli nmpak . puiiiii
kuga : eh mna da . btuilaa masa fom 4 lu . macam tula . hahaha
aku : gaji xmasok lagi weyyy . sabaq luuu . xleh nak blnja hg .hahaha .
kuga : blablabla

Wednesday, February 9, 2011

keluarga yang superCOOL .

wallaaaa . now i finally have a few times of my owns :)


aku ada keluarga yang super . ayah yang cuperCOOL , mama yang superBAIK , siblings yang superHEBAT . semuanya nak super saja .


masa sekolah rendah dulu semua kawan kawan ingat aku tidak berbapa . hari hari mama yang hantar aku ke sekolah . senang cerita anak yatim . bukan rais yatim yo . eshhhh sedih tau nyahhhh . aku ada ayah , cuma ayah tak selalu ada dekat rumah , kerja . dari darjah satu sampai tingkatan lima ayah tak pernah pergi tandatangan buku rekod kemajuan aku , join apa apa aktiviti yang ada dekat sekolah even pergi bermesyuarat pibg . ayah kata wasting time pergi join semua tuu . bapak kau ada cakap macam tu ?


yang penting kami belajar betul betul . maka akan dapat ganjaran di suatu hari nanti . even tak pernah buat semua tuu , bapak aku masih ambil berat pasal pelajaran kami adik beradik . still tengok kemajuan kami adik beradik . ayah hanya bagi duit dan segala keperluan kami sekeluarga dipenuhi itu pon dah cukup bagi aku . setiap hujung bulan ayah balik , mesti dapat macam macam . kami dah biasa hidup macam tuu . mama aku kuat semangat , cantik , jelita , baik dan berhati mulus . tak pernah bersungut pon sebab dah biasa kena tinggal jaga anak anak sorang diri . baiknyahhhhhhh , mama aku .part ni memang aku tabik toing toing .


aku ada lima adik beradik , campur kucing dua ekor jadi tujuh . kami saling melengkapi . bergaduh tak pernah lama , paling lama dua jam kot lepas tu baik balik . HIHI . kalau bergaduh pon macam tak bergaduh (?) duduk dalam bilik berasingan pon kami masih bercontact dalam laman sesawang , bermesej mesej tanya khabar . seronok bukan ? tapi kalau salah sorang tak ada dekat rumah mesti rasa lost gila . semua muka tak berkhasiat . tsskkk tsskkk T___T


kami dah biasa buat kerja bersama dari kecik . semuanya secara berjemaah . bila semua dah ada baru makan , masuk waktu solat semua kena ada dalam bilik solat . setiap malam , mama yang ajar kami baca quran sampai pandai , sampai aku jadi qariah sekolah rendah dulu . mama tak suka kami cakap 'aku hang' dengan adik beradik . semua ada gelaran masing masing . along , acik , kakcik dan adik . pernah satu hari tuu aku ada dengar kawan aku cakap macam nih , ' puki hangggg ' . time tuh i was like apa benda tuhhh ? lalu pulanglah budak kecik yang suci ini bertanya dengan dungunya .

: mama , puki tu apa ?
: haipp , dengar mana nih ?
: kawan cakap tadi . puki tu apa mama ?
: tak elok cakap macam tuu . jangan ikut depa .
: okay . tapi natang apa ?
: puki tu yang kita punya . shhhh malu .
: -_____-

bila dah besar , masing masing buat kerja sendiri . tapi kami masih macam dulu . hari hari makan berjemaah cuma solat saja kadang kala berjemaah . ayah dah lama tak kerja , since aku tingkatan dua . kontrak dalam malaysia dah habis , tinggal luar negara saja . maka kami sekeluarga bersatu . ececeh . kami suka gelak kuat time makan , ayah selalu buat lawak sampai tercirit . sumpah lawak . kami suka kentut kuat kuat , kira paling hebat ahhh dalam rumah ni . ayah yang ajar . TEEHHHEEE .

Tuesday, February 8, 2011

aku ada cerita baru yang dah lama (?)


gong xi fa chai . tahu dah lambat tapi nak ucap jugak sebab kita kan 1malaysia . ehh bukan bukan , aku ucap sebab dapat ang pau rm5 tadi . aku nak cerita pasal jiran kepada jiran aku . eshhhh sebenarnya gelis tapi nak kongsi dengan yu olls juga :P


bila tiap kali termenung , tiap kali tuu jugaklahh semua memories tu datang pop pop pop masukk . bergetar otak . dari kecik sampai sekarang aku kena gosip dengan anak jiran aku nih , wahab nama dia . nahhhhhh , nama veteran habis i tell u . punca dari adik aku . habis kerinting dah bulu kaki ni dengar nama w-a-h-a-b harihari . kununnya nanti aku kena kahwin dengan dia , tolong toksu yah (mak wahab) . nanti aku naik kereta apa , makan apa , pakai apa . macam %$%#(**^%#! . demyu ! seriously aku tak suka .


skandal terbaru dengan kawan abang aku , sekampung jugak nih . tiap tiap malam lepak dengan abang aku , haippp haipp biasa dia ! bukan setakat adik , satu family . aku ulang , satu family ejek aku . longoi . nama budak tuu pit , bapak dia nama pin . penjual ikan . ayah aku panggil pin ikan . HAHAH . dah tuuu kaitkan dengan kerajaan langit ayah pin tu . kununnya nanti pit bawa aku naik langit tujuh jumpa mak bapak dia . makan ikan freee . semua idea ayah aku =.=

tadi balik kerja terus tidur . bangun tidur tengok ana dengan along dok tercongok depan laptop . macam seronok , aku pon menempek ahh dekat situ . hujan tidak , ribut pon tidak tibatiba ana minimize window chrome dia . maka muncullah dekstop yang macam ________ .


sentap wa cakap sama luuuu . yang angkat peace tu acik , abang gue . yang sebelah tuu guess who ? PIT laaa longoi . jangan jadi manusia lahhh kalau tak tau sapa anak ayah pin kerajaan langit . HAHAHA . kau mahu kahwin dengan dia ? sapa setuju turun tangan . ececeh . bab kahwin semua laju :D


*cerita lain .


ada orang kalau bergaduh dengan boyfriend mesti update status tahi dalam facebook . kalau boleh nak bagi satu dunia tahu . kau macam mana ?

Tuesday, February 1, 2011

hobi saya dari kecik tak pernah berubah . hukalohhh !



semalam aku kerja lebih masa , orang kampung aku kata OVERTIME . selalunya masuk kerja pukul 830pagi . tapi semalam macam luar biasa sikit , terpaksa masuk pukul7 pagi . weyyyyy seriously masih gelap . aku bukannya takut , cuma belum cukup berani saja . TEEEHHHEEE .


maka terpaksalah buat muka suci mengurat abang guard temankan aku untuk masuk ke dalam sebab tempat untuk swipe card tak pasang lampu lagi . lepas saja dari swipe card dia terus blahhhh . aku pon apa lagi menggelabah dah sejibik macam wabak parkinson . waktu yang sejuk macam itu pon aku dah rasa serupa macam dalam ketuhar gelombang mikro . perghhhh sentap 5minit tiba tiba nampak ada makhluk berdiri tegak kat tepi pintu . aku dah aaa pekak tak nampak , lupa plak pakai lens pagi tuhh . wadefakkk .


*cerita kita gantung setakat ini sahaja :P


balik kerja taktahu nak buat apa dah . tiba tiba , jengjengjeng ! kebabommmmm kentut
muthusamy pon kedengaran . dapat hidayah untuk buat kek , HIHI i looiikkkeeee ! dari kecik memang ahhh febret aku buat cookies segala bagai . tapi-paling-tak-suka-bila-kena-masak-lauk-pauk . rasa macam dah kena kahwin paksa pulokk bila kena buat benda yang kurang digemari . aku malas ahhh nak bangga bangga , tapi since aku scola rendah dah buat kuih raya 7-8 jenis . serious . malas nak bangga . tak pasal pasal masok paper itu paper ini . HAHAROMM .


dan sebenarnya , ecehhh jadi yuna pulak . sebenarnya aku nak kongsi resipi . bukan untuk bangga diri , tapi untuk rujukan . kek ini aku namakan dia cinta pelangi . semuanya nak cinta sajaaaaaaa :)


5 Biji Telur
250g butter
2 ½ cwn tepung gandum1 cwn gula halus
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga) - akak guna esen oren
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)

  1. pukul mentega dan gula sampai kembang
  2. masukkan telur sebijik demi sebijik masukkan esen vanilla dan susu cair . pukul sampai sebati .
  3. masukkan tepung gandum dan baking powder . pukul sehingga sebati lagi .
  4. bahagikan adunan ke dalam 3bekas berasingan . letakkan pewarna mengikut citarasa .
  5. griskan loyang dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung .
  6. tuangkan adunan pertama dan ratakan . taburkan sebuk koko sehingga menutupi lapisan adunan pertama
  7. .tuangkan dengan perlahan lahan adunan kedua dan taburkan serbuk koko .
  8. ulangi langkah tersebut sehingga selesai .
  9. panaskan ketuhar gelombang mikro dan bakarkan selama 45minit .