Tuesday, February 8, 2011

aku ada cerita baru yang dah lama (?)


gong xi fa chai . tahu dah lambat tapi nak ucap jugak sebab kita kan 1malaysia . ehh bukan bukan , aku ucap sebab dapat ang pau rm5 tadi . aku nak cerita pasal jiran kepada jiran aku . eshhhh sebenarnya gelis tapi nak kongsi dengan yu olls juga :P


bila tiap kali termenung , tiap kali tuu jugaklahh semua memories tu datang pop pop pop masukk . bergetar otak . dari kecik sampai sekarang aku kena gosip dengan anak jiran aku nih , wahab nama dia . nahhhhhh , nama veteran habis i tell u . punca dari adik aku . habis kerinting dah bulu kaki ni dengar nama w-a-h-a-b harihari . kununnya nanti aku kena kahwin dengan dia , tolong toksu yah (mak wahab) . nanti aku naik kereta apa , makan apa , pakai apa . macam %$%#(**^%#! . demyu ! seriously aku tak suka .


skandal terbaru dengan kawan abang aku , sekampung jugak nih . tiap tiap malam lepak dengan abang aku , haippp haipp biasa dia ! bukan setakat adik , satu family . aku ulang , satu family ejek aku . longoi . nama budak tuu pit , bapak dia nama pin . penjual ikan . ayah aku panggil pin ikan . HAHAH . dah tuuu kaitkan dengan kerajaan langit ayah pin tu . kununnya nanti pit bawa aku naik langit tujuh jumpa mak bapak dia . makan ikan freee . semua idea ayah aku =.=

tadi balik kerja terus tidur . bangun tidur tengok ana dengan along dok tercongok depan laptop . macam seronok , aku pon menempek ahh dekat situ . hujan tidak , ribut pon tidak tibatiba ana minimize window chrome dia . maka muncullah dekstop yang macam ________ .


sentap wa cakap sama luuuu . yang angkat peace tu acik , abang gue . yang sebelah tuu guess who ? PIT laaa longoi . jangan jadi manusia lahhh kalau tak tau sapa anak ayah pin kerajaan langit . HAHAHA . kau mahu kahwin dengan dia ? sapa setuju turun tangan . ececeh . bab kahwin semua laju :D


*cerita lain .


ada orang kalau bergaduh dengan boyfriend mesti update status tahi dalam facebook . kalau boleh nak bagi satu dunia tahu . kau macam mana ?

No comments: