Saturday, July 7, 2012

mari berkahwin secara suka-suka

rasulullah saw bersabda : barangsiapa
di antara remaja berkahwin dalam usia
muda , maka menangislah syaitan . dan
ia (syaitan) mengeluh 'aduh celaka aku ,
agama telah dipelihara dari godaanku'


assalamualaikum kawan-kawan yang muda belia lagi kacak . apa khabar anda semua yang tak sabar nak kahwin ? ewahhhhh . tak lama lagi aku pun akan akhiri zaman bujang aku . alhamdulillah , jodoh dah sampai . mengharapkan semua berjalan dengan lancar . apa ?! cik fawah nak kahwin ? *bisik kiri dan kanan mencari kepastian . yaaa memang betul pun . memamg betul aku tipu semua orang . HAHAHA rileks , rileks . jom kita minum kopi dulu sambil bincang isu kahwin muda . topik kahwin muda sekarang ni dah jadi isu hangat , dah jadi trend budak-budak muda bawak bincang dekat warung wak leman , dah jadi benda biasa untuk dibawa gurau antara mak/bapak dengan anak teruna/dara . dan aku juga tak mahu ketinggalan zaman menulis pasal cerita hot nihh .




kahwin muda . berapa ramai yang berani bagi syaiton-nirrojim itu menangis ? berapa ramai yang sanggup menyahut seruan nih ? cepat bagitau aku siapa yang berani ? siapa ?! amboiii emo pulak fawah kalau bab kahwin ni . tak sabar nak kahwin lettewwww . dusshhhh .




dulu , orang yang celik pikiran dan matang berpikir mengisytiharkan bahawa kahwin muda adalah sangatlah tidak relevan dalam kalangan para remaja khususnya yang masih belajar . kononnya sangat tak style kalau kahwin awal , terpalinglah kuno kalau ada mak-bapak yang kasi anak mereka kahwin di usia muda nih . its like apa barang derr kahwin awal , mari berjimba berhoorey dengan kawan-kawan dulu . woohhoo ! dulu yang aku maksudkan adalah zaman 80-90an . zaman mak bapak kita . tapi semasa zaman kegemilangan dinasour dahulu kala (maksud aku zaman datuk nenek moyang kita) kahwin muda adalah sangat sinonim dalam kalangan mereka . umur 9tahun sudah jadi bini orang , lagi malang ada yang belum sempat tengok dunia lagi dah kena reserved . kesian sungguh mesti datuk nenek moyang kita tak sempat nak main tuju kasut , polis entry dan sewaktu dengannya . mesti tak sempat nak usha mamat-mamat hensem/awek-awek cun dalam kampung dulu . sungguh tak menseronokkan . HAHA nampak sangat kegatalan fawah di sini . maaf .


tapi , bagi aku kahwin muda tersangatlah ohsemm . yaaa , sememangnya datuk nenek moyang kita tersangatlah ohsemm . kalau mereka semua ada lagi pasti mereka berbangga sebab aku puji mereka ohsemmm and they are truly ahmayyyzing . motip ? HAHA . muda di sini adalah dalam lingkungan 18-23tahun . disamping kita dapat jauhkan diri daripada berzina , kita jugak dapat kutip pahala . daripada dok bercinta yang kita sendiri belum pasti hala tujunya , lebih baik bercinta secara halal dengan suami/isteri kita yang dah pasti tak terbatas lagi . alhamdulillah , sekarang nih aku tengok trend kahwin muda dah menjadi kegilaan anak remaja . sebenarnya ini merupakan perkembangan yang bagus dalam masyarakat kita . acewahhh . contoh paling dekat blogger terkenal irine nadia ('92) , dina bahrin ('92) , dian pelangi ('90) dan farah lee ('89) sudah pun sah bergelar isteri walaupun masih muda dan masih belajar . fuyyooohhh macam best saja !






jujur aku cakap aku sendiri teringin nak kahwin awal , lagi cepat lagi bagus lagi seronok !*HIHIgelak malu-malu sambil tutup mulut . aku teringin nak lahirkan zuriat yang soleh dan solehah . cumanya , kahwin bukan satu perkara yang boleh dibuat main . banyak lagi benda yang aku kena consider , kena prepare kalau nak kahwin muda . bagi yang nak berkahwin tu haruslah layak dan cukup syarat untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri . maka nafsu syaitan pun menjawab tanda protes statement aku . 'heyyy , i HIV negatif tau fawah . i dah pandai masak , kemas rumah dan macam-macam lagi . confirm i boleh kahwin lepas ni . kahwin awal , kelasss tau nyahhh' . ehemmm , apa punya jawapan syaitan jantan . nampak sangat rakus nak kahwin awal .


layak yang aku maksudkan tadi tu macam ni . bagi yang lelaki mestilah cukup ilmu untuk bimbing isteri dan anak-anak , kukuh dari sumber kewangan . kalau diri sendiri pun ibarat melukut tepi gantang , macam mana nak tanggung isteri dan anak ? anak menangis sikit pinggan dan mangkuk dah melayang sampai rumah jiran sebelah . jiran pon boleh anorexia punya rungsing pikir masalah anda . lebih malang sepentot pun share seisi keluarga . bagi yang perempuan pulak mesti matang dan bijak membuat keputusan dalam berpikir dan bertindak sebabnya si suami akan sentiasa minta pandangan isteri sebelum menerima sebulat seketul pandangan orang lain . isteri kan orang yang paling dan sentiasa dekat selepas berkahwin . bukannya lepas kahwin 3hari terus ajak si suami pergi jumpa kaunselor minta nasihat kononnya dah tak sehaluan . yang aku hairan masa bercouple tak terpikir plak nak jumpa kaunselor .



aku percaya mesti ramai dalam kalangan kita nih ramai kekasih hati kan . buat kumbang diluar sana , kalau benar kamu sayangkan bunga kamu , apa lagi yang harus ditunggu ? ingatlah wahai kumbang sekalian alam , masih banyak kumbang di luar yang berlegar-legar mencari bunga yang terbaik dalam kalangan yang terbaik . bila-bila masa sahaja bunga anda akan disunting sang kumbang lain . maka , ayuh . hantarkan rombongan meminang . besok juga ! HAHAHA nampak macam senang . tapi percayalah , allah sentiasa ada dengan kita . DIA sentiasa menolong hambanya lagi-lagi untuk kebaikan kita . insyaallah , allah akan permudahkan .


No comments: