Sunday, June 24, 2012

lillahita'ala

Assalamualaikum :) masih berbaki perasaan kecewa lepas dapat result interview hari tu . biasalah , kecewa tu tak sah kalau tak ada lelehan air hidung dan juraian ayaq mata . Apeeee barang kan kecewa tapi setakat layan lagu jesnita , delaila tapi tak menangis . muahahaha .

well , semenjak balik dari exam dan interview tu , baru aku sedar otak kiri aku yang kurang fungsinya dan hanya mampu bergantung harapan terhadap otak kanan . kecewa sungguh dengan otak aku yang kian hari kian mandom , dasar tak kenang budi . ceitt .




tapi salah aku juga , mahu tak karat otak ni bila cuti tak ingat dunia sampai satu buku pun tak pegang . langsung tak jamu otak dengan makanan-makanan sepatutnya . allahuakbar , tahukah anda otak kita pun perlukan makanan untuk sentiasa berfungsi dengan lebih pantas ? hehhh makanan otak yang aku maksudkan tu bukan nasi beriani ke apa . waterparkk ?! tak pasal-pasal ada yang belah tempurung kepala kononnya nak bagi otak makan . tolong ya , tolong jangan bendul sangat . makanan otak macam exercise pemikiran contoh . paling ringan adalah permainan sudoku , teka silang kata dan bacaan quran ya adik-adik . HEHEHE . selalunya latihan berunsur matematik ni dapat membantu otak kita .



aku pula jenis menjamu otak aku hanya di sekolah semata-mata . kalau tak belajar maknanya langsung tak guna otak ni . kesian , sapa lahh mak pak dia ni ? tsskkk tsskkk . belajar hanya semata-mata untuk lulus exam , habis exam terus lupa apa yang aku belajar . ya allah , teruknya perangai aku ni . yaaaa , memang buruk perangai ni , jangan diambil buat panduan hidup , kelak kau merana . cewahhh .


bila minggu exam menjelma ayat macam ni mesti penuh kat news feed
kan ? :
-Okay lepas ni i jarang nak update blog dan online sampai habis paper. Byebye.
-im going to deactivate my pesbuk/fb/twitter for a week .
-exam feverrrr . please dun miss me okay ? (ayat paling tak boleh blahh , boleh cirit 2minggu)


wahhhh , semua ayat nak manis saja kan . tapi nafsu tu boleh tahan sampai berapa hari saja . paling lama pun 2minggu lepas tu start online sampai modem internet lebam . mata pon mula mempanda , masuk kuliah/kelas krohhhkrroooohhkroohhh belagak dunia ini aku yang punya dan akhirnya keluar dengan dada yang kosong .


bukankah lebih sopan kalau cakap macam ni :
-I could say I won't go online till my exam is finished but you and I know that I'm not good with temptations so let's leave it to this - I'll try not to go online.

see , betapa comelnya status ini . sekurang-kurangnya orang lain yang baca taklah rasa tertipu sampai rasa nak bunuh jiran sebelah rumah dengan status anda yang kononnya takkan online selama seminggu tu . kononnya laman sesawang ni yang akan mengganggu waktu pembelajaran kita , sedangkan diri sendiri yang tak dapat tahan nafsu syaiton nirrojim tu .


bila muhasabah diri balik, sungguh ceteknya pemikiran aku . impian hidup hanya berhenti setakat memperoleh result atas pagar . kambing nak lompat pagar pun effect bulu-bulu mereke . lepas tu ? habislah . dan inilah dia impian jangka pendek yang sifatnya hanya sementara .




belajar adalah ibadah .

marilah kita betulkan niat . aku dah jauh terpesong dengan keseronokan dunia . setiap yang kita lakukan perlu disertakan dengan niat keranaNya , insyaaAllah akan diganjarkan pahala . aku harus ada niat belajar deme mencari keredhaanNya . belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam . bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata


ayuh perbaharui niat kita , belajar kerana allah . tak ada yang silapnya di situ :)



“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )




No comments: